KUALA LUMPUR: Keseluruhan modal saham terbitan UMW Holdings Bhd akan dikeluarkan daripada Senarai Rasmi Bursa Malaysia Securities Bhd pada 19 Feb, 2024.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata langkah penyahsenaraian menandakan selesainya pengambilalihan oleh Sime Darby Bhd, berdasarkan di bawah perenggan 16.07(a) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.
Saham-saham UMW telah digantung oleh Bursa Securities pada 9 Feb, 2024, berikutan tamatnya tempoh lima hari di pasaran selepas tarikh tutup lanjutan tawaran pengambilalihan oleh Sime Darby.
Sime Darby sebelum ini melanjutkan tarikh tutup tawaran RM5 sesaham untuk mengambil alih UMW kepada 31 Jan, 2024, iaitu kira-kira lewat dua minggu dari tarikh akhir asal pada 17 Jan, 2024.
Sehingga 31 Jan, 2024, Sime Darby menguasai 98.86 peratus saham UMW, menurut kenyataan CIMB Investment Bank Bhd yang mewakili Sime Darby.
Pada tarikh yang sama, UMW memohon kepada Bursa Securities untuk menarik balik status penyenaraiannya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 14 2024
UMW berkata langkah penyahsenaraian menandakan selesainya pengambilalihan oleh Sime Darby Bhd.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
RM7 juta diperuntukkan naik taraf 38 tamu desa di Sabah - Ewon
Sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi menaik taraf 38 tapak tamu desa yang telah dikenal pasti di seluruh Sabah
KKDW peruntuk RM290 juta setahun untuk luar bandar Sabah
Peruntukan RM290 juta KKDW untuk kemudahan luar bandar Sabah adalah peruntukan tahunan kementerian itu bagi membantu penduiduk negeri itu.
Saya kehilangan sahabat baik - TPM Fadillah
Menyifatkan mendiang sebagai sahabat baik sejak sekian lama, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Mutang adalah pemimpin Sarawak yang banyak memberi sumbangan sepanjang bergelar Ahli Parlimen Bukit Mas dari 1982 hingga 1990 dan banyak menyatukan Orang Ulu
Mutang akan terus diingati sebagai pemimpin hebat - Premier
Mutang akan terus diingati sebagai pemimpin hebat - Premier
Mutang miliki prinsip ke arah reformasi Parlimen - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian Yang Dipertua Dewan Negara mendiang Senator Datuk Mutang Tagal .
Gerawat Gala sebak kehilangan teman sejati
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Gerawat Gala tmenyifatkan Datuk Mutang Tagal yang dikenalinya sejak zaman persekolahan lagi.
Majlis penghormatan terakhir untuk Mutang pada Ahad
Jasad Datuk Mutang Tagal dijangka tiba di Miri pada jam 10.30 pagi Ahad dan akan terus dibawa ke Gereja Bem Jalan Airport untuk upacara penghormatan terakhir.
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran manifestasi komitmen kerajaan martabat agama Islam
Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah/2024 Masihi lambang manifestasi komitmen kerajaan memastikan syiar Islam terus dipertahan.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar, teroka peluang pelaburan baharu
Lawatan itu bagi memenuhi jemputan Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani selain menghadiri Forum Ekonomi Qatar 2024.
Saham UMW dinyah senarai 19 Feb susulan pengambilalihan Sime Darby
Keseluruhan modal saham terbitan UMW Holdings Bhd akan dikeluarkan daripada Senarai Rasmi Bursa Malaysia Securities Bhd pada 19 Feb, 2024.